Sticker Vinyl atau PVC Menjadi Pilihan Utama Pelanggan

Sticker Vinyl atau PVC diperbuat daripada bahan plastic tahan lama. Sticker PVC terkenal kerana ketahanannya terhadap air dan kekuatan yang lebih tinggi berbanding kertas. Ia sukar koyak, menjadikannya sesuai untuk penggunaan jangka panjang dalam keadaan yang mencabar.

Sebaliknya, sticker kertas lebih sesuai untuk kegunaan sementara kerana tidak kalis air dan mudah koyak. Namun begitu, harganya yang lebih murah dan proses cetak yang mudah menjadikannya pilihan ideal untuk label produk atau aplikasi sementara.

Kelebihan Pelekat PVC

  1. Serbaguna
    Sticker PVC sangat serba boleh dan boleh digunakan pada pelbagai permukaan seperti kaca, logam, plastik, dan kayu. Ia sering dicetak untuk  hiasan luar atau papan tanda. Sticker ini juga boleh dicetak dalam saiz kecil untuk pembungkusan produk. Ketahanannya memastikan label kekal utuh dan boleh dibaca sepanjang kitaran hayat produk.
  1. Cetakan Berkualiti Tinggi


Permukaan licin sticker PVC menghasilkan cetakan yang tepat dan mampu menangkap butiran halus serta teks yang tajam. Sama ada logo yang ringkas atau reka bentuk kompleks, sticker PVC menawarkan grafik profesional yang meningkatkan penjenamaan anda. Pilihan “finishing” berkilat atau matte dapat menambah daya tarikan estetik serta memberi perlindungan tambahan pada reka bentuk.

  1. Boleh Disesuaikan


Sticker PVC menawarkan pilihan penyesuaian yang luas, menjadikannya pilihan utama untuk pencetakan sticker di Malaysia. Pelekat ini boleh dipotong dalam hampir semua saiz atau bentuk, memberikan kebebasan kreatif sepenuhnya dalam proses reka bentuk. Tahap penyesuaian ini sangat bernilai untuk perniagaan yang ingin mencipta kehadiran jenama yang unik dan memberi kesan kuat dengan sticker.

  1. Harga berpatutan

Harga sticker PVC lebih murah. Sticker ini menawarkan pulangan pelaburan tinggi melalui pendedahan jenama yang berterusan kerana ketahanannya. Ia dapat mengurangkan keperluan penggantian sticker dengan kerap. Selain itu, sticker PVC sering dihasilkan secara pukal dengan kos rendah, sesuai untuk perniagaan anda.
Untuk mendapatkan sticker label yang premium dengan harga berpatutan dan reka bentuk menarik, layari laman web kami sekarang. Jika ingin dapat quotation harga dengan cepat, boleh hubungi hotline kami 01120650094 atau berurusan di kedai Stickerhero.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *